Tuesday 27 December 2011

resepi apam polka dot saya :D

Bahan-bahanya:

3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275 gramtepung gandum+3 sudu teh baking powder=dianyak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gram gula halus
150 ml susu segar
 inti:blueberry,strawberry atau apa2 saje
 1 sudu esen vanilla
 pewarna ikut citarasa


 cara-caranya:

 
1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6-8 minit.
2.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.picitkan sedikit ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun didalam acuan lompang.
5.picitkan bluberry filling (atau apa2 saja jenis filling)secukupnya.
6.picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.guna api sederhana.jangan gunakan api    besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar.balut tudung periuk dengan kain   bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.saya menggunakan warna pudar untuk apam ni,kalau nak cantik lagi  boleh guna banyak warna dan
warna yang lebih terang :) 
    HARAP KORANG BEJATE :D

 *mm.aku pon x de la pandai sangat..sket2 je..biase2 je :D

No comments:

Post a Comment

comment laaa.....:D